Thursday 19 January 2012

karangan pelajar 1

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.


“Jika kamu ingin melihat negara pada masa hadapan, lihatlah generasi
muda pada hari ini”.

Kata-kata Dr. Yusuf al-Qadrawi ini telah menyedarkan kita tentang pentingnya generasi muda bagi menjamin kemajuan negara. Generasi muda termasuklah murid mestilah diasuh dan dididik dengan sempurna agar menjadi insan yang berjaya. Kejayaan seseorang murid dalam pelajaran sememangnya menjadi impian setiap ibu bapa dan guru-guru yang tekun mendidik dan mengajar mereka. Namun persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran?
Antara faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran ialah pembelajaran di bilik darjah. Tumpuan seratus peratus perlu diberikan oleh murid-murid semasa guru sedang mengajar atau menerangkan sesuatu topic. Hal ini akan memudahkan seseorang murid untuk memahami setiap apa yang dipelajarinya dan sekiranya murid mempunyai kemusykilan, mereka hendaklah menyatakan masalah itu kepada guru. Tumpuan seratus peratus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sangat signifikan kerana tumpuan menyumbang sebanyak dua puluh peratus ingatan seseorang murid terhadap topik yang dipelajari oleh mereka. Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa faktor kejayaan seseorang murid dalam pelajaran ialah pembelajaran di bilik darjah.
Selain itu, menghadiri kelas tuisyen juga merupakan faktor dominan yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Hal ini demikian kerana dengan menghadiri kelas tuisyen, murid tersebut dapat memantapkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik. Dalam pada itu, bilangan murid yang sedikit dalam kelas tuisyen membolehkan guru-guru tuisyen memberikan tumpuan kepada usaha untuk mengatasi kelemahan pelajar terhadap sesuatu topik. Murid juga akan mendapat ilmu baharu yang diajarkan oleh guru tuisyen kerana biasanya mereka akan memperkenalkan cara-cara yang lebih mudah untuk menguasai sesuatu topic atau kemahiran. Intihanya, terbuktilah bahawa menghadiri kelas tuisyen merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Di samping itu, dorongan ibu bapa merupakan satu factor yang tidak dapat dinafikan untuk memastikan kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Bagi murid, ibu bapa merupakan role model mereka. Mereka akan mengikuti segala nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh hal yang demikian, ibu bapa yang sentiasa mendorong anak-anak mereka supaya belajar dengan bersungguh-sungguh akan menaikkan semangat mereka untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Mereka akan belajar dengan bersungguh-sungguh demi memastikan impian dan hasrat ibu bapa yang dicintai akan tercapai. Tegasnya, dorongan ibu bapa penting dalam memastikan kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Akhirul kalam, kejayaan seseorang murid dalam pelajaran merupakan salah satu titik tolak kepada masa hadapan yang cerah. Murid-murid yang berjaya ini merupakan aset negara yang sangat penting bagi memastikan tampuk pemerintahan negara kelak akan dipimpin oleh generasi yang betul-betul berwibawa, beriltizam dan progresif. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama membantu murid untuk mencapai kejayaan agar modal insan kelas pertama dapat dilahirkan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Hasnin Raidin
5Adil12011

Sutera Dalam Lukisan

Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Mohamad Hafiz atau Bujei mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya dalam satu peristiwa kebakaran berpunca daripada kemarahan bapa tirinya Harun.. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei, sasau akibat sering menjadi cemuhan dan diperbudakkan oleh penduduk kampung. Bapa tirinya, Harun,  sering menyeksanya malah telah cuba mengambil kesempatan untuk  merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.
Hidupnya keseorangan sehinggalah kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya.  Bujei mulai merasai erti kehidupan yang sebenarnya. Tetapi, banyak ranjau yang terpaksa dihhadapinya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama-sama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila berdendam terhadap Bujei dan Adila. Pelbagai rancangan diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya, Opah Arah,  untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei dan mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya.
Selepas itu,  orang kampung telah melihat perubahan diri yang berlaku terhadap diriBujei yang menjadi manusia normal berbanding dengan Alias yang telah mengambil alih tempat Bujei.
 Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan jawatan pensyarah di salah sebuah universiti di ibu kota

Wednesday 11 January 2012

Pahlawan Buntung

Kisah kesengsaraan hidup penduduk kampung akibat peperangan


Persoalan
1.  Persoalan kasih sayang yang terjalin dalam keluarga
     - Mak Bidah merawat pak Husain yang kehilangan semangat
2.  Persoalan keberanian menentang musuh.
     - Pak Husain berani menentang tentera Jepun dan perompak di Kampung Pak Amat
3.  Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
     -Penduduk kampung membantu menghantar Pak Husain yang terkena serpihan bom ke hospital
4.  Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas
     -Khalid menghormati pak Husain yang telah banyak berjasa


Nilai
1.  Prihatin
     -Pak Husain bertanya khabar ayah Khalid yang sudah lama tidak ditemuinya
2.  Kebijaksanaan,
     - Pak Husain bijak menggunakan muslihat untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun dengan   
        memberi alasan mahu membuang air besar
3.  Keberanian
     - Pak Husain berani berhadapan dengan tentera Jepun dan membedil perompak di Kampung Pak Amat 
        telah menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dan penduduk kampung.
4.  Kasih sayang,
     - Kehilangan Pak Husain ketika penduduk kampung berpindah ditangisi oleh Mak Bidah
     - Mak Bidah juga menjaga Pak Husain ketika berada dalam kesusahan
5.  Cinta akan negara
     - Pak Husain sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh    
        iaitu tentera Jepun


Pengajaran
1.  Kita mestilah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
     - Pak Husain berani menentang tentera Jepun
2.  Kita perlulah bijak menyelesaikan masalah.
     - Pak Husain memberi alasan hendak membuang air besar untuk melepaskan diri daripada tentera Jepun
3.  Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
     - Arahan Pak Husain supaya penduduk kampung berpindah tidak dibantah

Saturday 19 November 2011

TATABAHASA 3 [Soalan 3e]

Bahagian (e): Peribahasa
Panduan menjawab
  • Murid seharusnya sudah mengetahui semua peribahasa yang terkandung dalam buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Murid seharusnya sudah mengetahui maksud peribahasa tersebut
  • Dalam bahagian ini murid sama ada dikehendaki memberi peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang dinyatakan dalam petikan, memberi maksud peribahasa, memadankan peribahasa yang ssuai atau membina ayat berdasarkan peribahasa yang diberi.
         SPM 2004

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.

Perpaduan rakyat menjadi tunggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatiif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.
                                                                                                                                                 [6 markah]
             SPM 2005

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i)


(ii)



(iii)
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti renaja lain.

Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
                                                                                                                                                [6 markah]
             SPM 2006

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat-tempat kosong.

Amir :


Sofea :


Amir  :


Sofea  :



Amir  :
Banyak pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul

Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan kerana   (i)…….

Media msssa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata perpatah (ii)…….

Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana (iii)…….
               

JUN 2007                                                                                                                                  [6 markah]
     

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i)

(ii)

(iii)
Orang yang lupa akan asal usulnya.

Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan.

Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
                                                                                                                           [6 markah]

            SPM 2007


Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)

(ii)

(iii)
Bahasa Jiwa Banga.

Bagai dakwat dengan pen.

Seperti air dalam kolam.
                  
[6m]

          SPM 2008                                                                                                          

       
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkkan maksud dan penggunaannya.

(i)

(ii)

(iii)
Bagai menantang minyak yang penuh.

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

TATABAHASA 2 [Soalan 3d]

SPM 2005
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan penggunaan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)     Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
(ii)   “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
(iii) Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

SPM 2006
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan penggunaan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)     Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.
(ii)   Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri.
(iii) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.

SPM 2007
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan penggunaan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)     Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut..
(ii)   Keseluruhan penduduk-penduduk kampong itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.
(iii) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan cabinet yang akan dibuat olek Perdana Menteri.



SPM 2008
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan penggunaan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan penggunaan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)     Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung kinabalu terpaksa dimahsuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
(ii)   Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.
(iii) Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

SPM 2009
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan penggunaan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan penggunaan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)     Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara mengalami kerugian di dalam jangka masa panjang.
(ii)   Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.
(iii) Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam menjalankan tugas.


SPM 2010
Dalam petikan di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan penggunaan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan penggunaan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
            Sederetan rumah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan tersebut. Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara. Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat ditafsirkan lagi.

TATABAHASA 1 [Soalan 3b]

SPM 2005

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.
  2. Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.
  3. Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas.
[6m]

SPM 2006

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal

  1. Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Puterajaya.
  2. Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
  3. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
[6m]

SPM 2007

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.
  2. Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
  3. Pelatih Program latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
[6m]

SPM 2008
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

  1. Baju sutera itu milik ibu.
  2. Kuda putih itu pantas berlari.
  3. Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
  4. Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
  5. Penduduk kampong akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
  6. Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.
[6m]

SPM 2009

Kenal pasti dan tulis subjek dan  predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.

Subjek              :………………………………………..………………………
Predikat           : ………………………………………………………………..

  1. Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran itu.
  2. Ketinggian Gunung Kinabalu 4104 meter.
  3. Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
  4. Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
  5. Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
  6. Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.
[6m]

SPM 2010

Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan mestilah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat- ayat yang diberi.

  1. Mereka bersenam petang tadi.
  2. Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
  3. Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
  4. Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
  5. Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
  6. Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.



Friday 18 November 2011

CEMERLANG RUMUSAN

Ciri-ciri Rumusan Yang Baik
 Isi rumusan dan jumlah perkataan menepati kehendak soalan.
Rumusan hendaklah mempunyai empat perenggan yang terdiri daripada :-
-          Pendahuluan
-          Isi Tersurat (F1)
-          Isi Tersirat  (F2)
-          Kesimpulan/ Penutup


Pemarkahan
BAHAGIAN
ISI
MARKAH
Pendahuluan  (P)

2
Isi Tersurat    (S)
6
5
4
3
2
16
Isi Tersirat     (T)
2
3
4
5
6
Kesimpulan   (K)

2
Bahasa
Separuh daripada jumlah P+S+T+K
10



Petua Penulisan Rumusan

PETUA 1
Menganalisis Soalan
i.                    Baca arahan dengan teliti untuk menentukan kehendak soalan dan panjang rumusan.
ii.                  Tentukan kata kunci (Fokus 1- Isi Tersurat dan Fokus 2- Isi Tersirat) dengan membuat garisan supaya rumusan berpusat kepada kehendak soalan sahaja.
PETUA 2
Menulis Pendahuluan
i.                    Bina pendahuluan berdasarkan Fokus 1.
ii.                  Tukarkan kata kunci dengan perkataan yang sama maknanya.
iii.                Bina pendahuluan dalam satu ayat tunggal sahaja.
PETUA 3
Mengenal pasti Isi Tersurat
i.                    Beri perhatian kepada Fokus 1.
ii.                  Petunjuknya ialah selepas perkataan tentang dalam arahan soalan.
Contoh
            Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu      
            rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru  
            semakin kurang diminati.
iii.                Cari sekurang-kurangnya enam isi tersurat.
iv.                Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat.
v.                  Pastikan terdapat kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain.
vi.                Gunakan penanda wacana yang sesuai.
PETUA 4
Mengenal pasti Isi Tersurat
i.                    Beri perhatian kepada Fokus 2.
ii.                  Petunjuknya ialah selepas perkataan dan dalam arahan soalan.
 Contoh
            Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu      
            rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru  
                  semakin kurang diminati.
iii.             Tidak terdapat dalam petikan. (Pelajar perlu berfikir secara kreatif dan kritis – tafsirkan dan analisis isi tersurat)
iv.                Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat.
v.                  Gunakan penanda wacana yang sesuai.
PETUA 5
Menulis Penutup
i.         Penutup merupakan cadangan dan harapan tentang keseluruhan petikan rumusan yang ditulis.
ii.                  Kata kunci bagi penutup ialah kesimpulaannya.
iii.                Perlu ditulis dalam satu ayat sahaja.



Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)

Fokus Utama
maksud
Masalah

Kekangan
Halangan
Rintangan
cabaran
Faktor
Punca
Sebab
Perkara yang menyebabkan
Kepentingan
Keperluan
Kebaikan
Faedah
Manfaat
Kelebihan
Keistimewaan
Langkah
Alpukah
Strategi
Kaedah
Cara
Tindakan yang perlu diambil
Peranan
Tugas
Tanggungjawab
Kewajipan
Tujuan
Matlamat
Objektif
Motif
Kesan
Akibat
Impak
Implikasi
Keburukan
Kesan negatif


Menulis Pendahuluan / Kesimpulan

Contoh
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan  dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat ini. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus 1 (S)      : faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan
Fokus 2 (T)      : usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
Pendahuluan   : Petikan  membincangkan punca-punca kelunturan semangat kejiranan.
Isi Tersirat       : Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan  
ialah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran. Selain itu, amalan saling berkunjung perlu sentiasa disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulan     : Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memupuk semangat 
                          kejiranan agar kehidupan masyarakat lebih harmoni dan sejahtera.
                         

Rangka Rumusan


BAHAGIAN


KANDUNGAN


MARKAH


Pendahuluan
- Lihat Fokus 1

Petikan membincangkan …………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..

2

Isi Tersurat
- Lihat Fokus 1

Antara ………………….. ialah …………………………...
…………………………………………………. Keduanya, ……………..........................................................................
……………………………………………………………...
Ketiganya, …………………………………………………
………………….. ………………………….. Keempatnya, ……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
Kelimanya, ………………………………………………...
…………………………………………………………….. Keenamnya, ……………………………………………….
……………………………………………………………..






16

Isi Tersirat
- Lihat Fokus 2

Antara ………………………. ialah ………………………
…………………………………………………………….. ………………………………….. Keduanya, …………….
……………………………………………………………...
……………………………………………………………..

Kesimpulan
- Lihat Fokus 1

Kesimpulannya, ……………………………………………
……………………………………………………………... (cadangan) agar …………………………………………...
……………………………………………………………...
…………………………………………………. (harapan)



2