SPM 2005
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
- Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.
- Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.
- Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas.
[6m]
SPM 2006
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal
- Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Puterajaya.
- Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
- Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
[6m]
SPM 2007
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
- Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.
- Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
- Pelatih Program latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
[6m]
SPM 2008
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
- Baju sutera itu milik ibu.
- Kuda putih itu pantas berlari.
- Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
- Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
- Penduduk kampong akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
- Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.
[6m]
SPM 2009
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.
Subjek :………………………………………..………………………
Predikat : ………………………………………………………………..
- Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran itu.
- Ketinggian Gunung Kinabalu 4104 meter.
- Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
- Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
- Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
- Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.
[6m]
SPM 2010
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan mestilah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat- ayat yang diberi.
- Mereka bersenam petang tadi.
- Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
- Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
- Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
- Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
- Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.
No comments:
Post a Comment