Ciri-ciri Rumusan Yang Baik
Isi rumusan dan jumlah perkataan menepati kehendak soalan.
Rumusan hendaklah mempunyai empat perenggan yang terdiri daripada :-
- Pendahuluan
- Isi Tersurat (F1)
- Isi Tersirat (F2)
- Kesimpulan/ Penutup
Pemarkahan
BAHAGIAN | ISI | MARKAH | ||||
Pendahuluan (P) | | 2 | ||||
Isi Tersurat (S) | 6 | 5 | 4 | 3 | 2 | 16 |
Isi Tersirat (T) | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
Kesimpulan (K) | | 2 | ||||
Bahasa | Separuh daripada jumlah P+S+T+K | 10 |
Petua Penulisan Rumusan
PETUA 1 | Menganalisis Soalan i. Baca arahan dengan teliti untuk menentukan kehendak soalan dan panjang rumusan. ii. Tentukan kata kunci (Fokus 1- Isi Tersurat dan Fokus 2- Isi Tersirat) dengan membuat garisan supaya rumusan berpusat kepada kehendak soalan sahaja. |
PETUA 2 | Menulis Pendahuluan i. Bina pendahuluan berdasarkan Fokus 1. ii. Tukarkan kata kunci dengan perkataan yang sama maknanya. iii. Bina pendahuluan dalam satu ayat tunggal sahaja. |
PETUA 3 | Mengenal pasti Isi Tersurat i. Beri perhatian kepada Fokus 1. ii. Petunjuknya ialah selepas perkataan tentang dalam arahan soalan. Contoh Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru semakin kurang diminati. iii. Cari sekurang-kurangnya enam isi tersurat. iv. Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. v. Pastikan terdapat kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain. vi. Gunakan penanda wacana yang sesuai. |
PETUA 4 | Mengenal pasti Isi Tersurat i. Beri perhatian kepada Fokus 2. ii. Petunjuknya ialah selepas perkataan dan dalam arahan soalan. Contoh Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru semakin kurang diminati. iii. Tidak terdapat dalam petikan. (Pelajar perlu berfikir secara kreatif dan kritis – tafsirkan dan analisis isi tersurat) iv. Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. v. Gunakan penanda wacana yang sesuai. |
PETUA 5 | Menulis Penutup i. Penutup merupakan cadangan dan harapan tentang keseluruhan petikan rumusan yang ditulis. ii. Kata kunci bagi penutup ialah kesimpulaannya. iii. Perlu ditulis dalam satu ayat sahaja. |
Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)
Fokus Utama | maksud |
Masalah | Kekangan Halangan Rintangan cabaran |
Faktor | Punca Sebab Perkara yang menyebabkan |
Kepentingan | Keperluan Kebaikan Faedah Manfaat Kelebihan Keistimewaan |
Langkah | Alpukah Strategi Kaedah Cara Tindakan yang perlu diambil |
Peranan | Tugas Tanggungjawab Kewajipan |
Tujuan | Matlamat Objektif Motif |
Kesan | Akibat Impak Implikasi |
Keburukan | Kesan negatif |
Menulis Pendahuluan / Kesimpulan
Contoh
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat ini. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Fokus 1 (S) : faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan
Fokus 2 (T) : usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
Pendahuluan : Petikan membincangkan punca-punca kelunturan semangat kejiranan.
Isi Tersirat : Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
ialah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran. Selain itu, amalan saling berkunjung perlu sentiasa disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulan : Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memupuk semangat
kejiranan agar kehidupan masyarakat lebih harmoni dan sejahtera.
Rangka Rumusan
BAHAGIAN | KANDUNGAN | MARKAH |
Pendahuluan - Lihat Fokus 1 | Petikan membincangkan ………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. | 2 |
Isi Tersurat - Lihat Fokus 1 | Antara ………………….. ialah …………………………... …………………………………………………. Keduanya, …………….......................................................................... ……………………………………………………………... Ketiganya, ………………………………………………… ………………….. ………………………….. Keempatnya, …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. Kelimanya, ………………………………………………... …………………………………………………………….. Keenamnya, ………………………………………………. …………………………………………………………….. | 16 |
Isi Tersirat - Lihat Fokus 2 | Antara ………………………. ialah ……………………… …………………………………………………………….. ………………………………….. Keduanya, ……………. ……………………………………………………………... …………………………………………………………….. | |
Kesimpulan - Lihat Fokus 1 | Kesimpulannya, …………………………………………… ……………………………………………………………... (cadangan) agar …………………………………………... ……………………………………………………………... …………………………………………………. (harapan) | 2 |
No comments:
Post a Comment